Rabu, 2 Mei 2012

Balik Kampung

Assalamualaikum ...

SELAMAT HARI BURUH MALAYSIA !

Bila cuti, ramai yang fikir ape aktiviti cam best untuk dilakukan. Sempena Hari Buruh yang bahagia ini, (ayat baek punye) aku terfikir untuk lepak kat umah parents je.(gaya cam da ade umah sendiri gamaknye) Yela, kat umah sewa tu setakat ade astro dan tv (untuk entertainment la). Housemate plak makan besar. Yela, boss kita tak cam boss dia. (sobs sobs).

Meluangkan masa depan pc, dok mengarot sana sini, tolong ibu dengan tak seberapa nak tolong, kemas umah, basuh baju (dr umah sewa,maklumlah umah bujang tade washing machine lg). Muahahaha ~ cam lawak plak, lama den tak buat kojo sumo ni.

Tetibe ade satu panggilan dari makcik ajak melepak kat umah tok kat kampung, pikir balik, fuiih, lama den tak balik umah tok, jumpa tok pon kat umah parents. Sesampai kat umah tok ape lagi di buatnya, tengok tv sesama, makan sepuas-puasnya (nafsu jangan selalu di penuhi ye, bahaye). Bila da redup sikit mula lah buat aktiviti mase kecik2 dulu. Duk maen tengah jalan dan melepak kat tepi tembok ! (dasar budak tembok) Ape specialnye rumah tok kitorang? Kitorang boleh sesuka hati maen dan baring/guling2 atas jalan. kikikiki



antara semak, jalan dan tembok ~


yang terbaek semestinya ~


mereka dan si jantung pisang~

 
 maen rumput ~


orang2 atau penunjuk arah?



antara tempat permainan masa kecik2~


cik maria pon nak join in picture !


Enjoy gak dengan gelagat dan kerenah masing2. Even tak semua balik, tapi ok la dari tade sorang pon geng ye tak. Pada yang tak dapat join, jangan risau, ada masa kita maen posing2 lagi. Asalkan korang ada ! Ye tak?

Sampai sini saja perkongsian part ni. Minta diri dulu...

Apa yang penting dalam hidup anda? -part 1-




hYe !!! SALAM semua !

Pada korang la kan? Siapa dan apa yang sangat penting dalam hidup? Mesti la family, kerjaya dan masa depan. Hurmm..masa depan ya? Apa maksud ek? hahahha



Part ni aku nak cite pasal sedikit tentang masa aku dan family..

        Pada aku, bila aku cuti panjang macam ni aku lebih suka habeskan masa kat rumah. Tak pun balik kampung. Yela, kampung pun sekakang kera je dari rumah sewa aku kan. Hahahaha~ Aktiviti biasa aku mestilah maen badminton dengan adik laki aku. Maen sampai lebam. Malam ke, siang ke..waktu petang ulangi balik zaman sekolah, pusing2 kampung, dan berhenti kejap makan cendol, bak kata orang jawa 'medang'. Hah, aku ni orang jawa tau, (dah tentu la kan dok kat Ijok, Kuala Selangor). Kalau ada bajet lebih, kami pegi la maen bowling, tengok wayang, tak pun karaoke.
        Paling sedih bila lepak kat pantai yang asek jem je ! (tu idea adik2 aku yang suka sangat beli baju dan barang ntah pape). Dengan parents aku, aku tak berapa berani nak kata aku ni rapat atau tak. Tapi ibu aku selalu cakap aku ni manja sebenarnye, tapi tak perasan plak aku ada manja ke dengan parents aku. Biasanye aku manja dengan adik2 aku ngan kawan2 aku, dengan abang aku? Dia yang manja dengan aku adalah. hahaha ~



ape korang pikir? ni adik aku yang kat matrik tu la ! haha ~

  

en tommy pon ikut skali masa ni ! hehe ~

Selasa, 1 Mei 2012

starting by AKU

Hallooo~

Fuh..rasa agak janggal plak bila da lama tak menaip/menulis/mengarang. Seperti biasa, kenalah banyak membaca ye tak. Barulah ayat tersusun indah. Kikikiki ~

Aku nak start dari mana ye pasal aku ni? Takkan nak buat biodata plak kat sini. Cam tak best plak. (budak sangat u olls) kikiki ~ (curik ayat sorang member).

Hurm..takde yang specialnye tentang aku ni. Biasa je. Ibu ayah asal dari kampung. Lahir pun kat bandar yang tak berapa nak bandar le masa tahun 1988 tu. Sekarang je da naek taraf jadi bandaraya. Result masa sekolah pon takde la gempak mana pon. Sambung study dan balik sini. Start keje dari yang mengarot. 

Memula keje kat kedai handphone member. Pastu benti keje kat kilang di Batu 3 Shah Alam. Tak tahan punye pasal aku benti lagi keje plak kat Jusco as Security Assistant. Bengang dengan sorang supervisor aku berenti dan masuk plak ProDirect kat Subang. Dah tu aku tak tentu hala. Mengarot sana sini. Lepas tu keje KFC plak. Begadoh sakan dengan manager tak guna aku berenti masuk plak kilang, tu pon tak lama sebab berenti lari.Dan aku pun kerja dengan Touch n Go kat satu stesen Petronas. The latest, sorang member aku ni memperkenalkan aku dengan kerja yang sesuai dengan jiwa aku. Kerja outdoor bak kate bebudak fresh grad. Aku tak nafikan aku suka dengan kerja ni. Tekanan? Kerja ape yang tade tekanan ye tak.

Aku ni takdela ramai sangat kawan. (ada member tu kate, kalau tak ramai, member fb apsal plak ramai?)  Meh aku nak jawab mai. Memang la ramai, sebab ade yang kawan start sekolah, kawan2 kerja2 dulu,pastu yang kenal dari sosial network. Ade gak yang aku tak pernah jumpa lagi. Borak cam tu je. Haiya..takkan la aku kenal kat Fb terus nak ajak kua. Kang ade gak kate aku ni tedesak tade member.

Perangai aku, yang aku tahulah, ni pun pasal aku tanye member2 aku, aku ni agak selfish, pemalas, sengal, garang, perasan, cakap lepas, gila, poyo, bajet bagus,  hurmm...suka buat hal sendiri. (ni yang terbaru ye orang komen pasal aku). Yela aku ni manusia biasa beb. Korang pun ade gak sifat2 tu kan? kan? Hurm , ade gak kate aku ni kalau ade yang baru sesenang nak buang yang lama. Tak gak gitu, tengok keadaanlah kan. Takkan la aku asek nak lepak je. Sape nak bagi aku makan kan? G satu la aku tak puas ati pada budak yang berani betul cakap aku camtu kan, apsal masa aku datang ko buat tak layan aku. For u le kan, "What the Hell la !"

Setiap orang ade prinsip, wawasan, misi, dan visi hidup sendiri. Aku punya prinsip senang, aku tak kaco ko sape plak nak kaco aku. Dan ade gak beberapa guideline yang aku follow hasil daripada kesilapan lepas. Aku pun penah gak buat silap, dari sekecil2 hingga sebesar2 sampai aku tatau nak settle cam ne. Dan aku tanak bende tu berulang lagi. Wawasan ye..hurm, semua mesti akan kata nak berjaya. Sapa yang kata wawasan dia nak merana, ye tak. Pada aku, tak perlu kut nak berjaya sangat dan tak nak gak susah sangat,. Sedang2 saja. Aku masih ade misi dalam kerjaya yang baru aku join 6 bulan ni. Aku harap sangat ni la kerja 'makan gaji' aku yang terakhir. Sebab aku da ada perancangan sendiri. Aku nak berniaga. Harapan aku satu je. Dari aku form 3. Kalau ada member aku ingat lagi. 'Metaphormosis Cafe'. (Keje ni nak kumpul modal beb)

Keinginan aku sekarang adalah sebuah rumah yang ada garaj. Sebab aku ada niat nak tambah satu lagi baby empat tayar. Sayang siot nak buat baby Gen buat g kerja. Dah tentunye aku terpaksa lenjan dia. Sadis kot !! Thats why ler aku amek balik dan repair cecantek En Super Sonic aku yang aku pakai dari zaman kolej dulu. Caya la, tade la masalah traffic jam lagi. (feeling cam mat rempit plak bila buat kerja) Hurm.. ikut ati lepas ada rumah sendiri boleh le beli Honda Dolphin. (kes terpengaruh dengan sorang sis kat tempat kerja yang buat kerja naek Dolphin, tambah ada yang bagi test drive. Gila kau..macam sport car !) Yela nak beli sports car kang ade yang tak makan. Tiap2 bulan meratap sayu je. Kikikiki~ Sabar En Dolphin. Akan ku miliki juga dikau. Muahahahha ~ Tenggiling ? Nak la dowh ! Ari tu saja dok menyemak kat Naza, saja usha2 tenggiling. Niat nak angkat Kawasaki Ninja je. Ade plak si batu api sekor ni cakap baik amek model APRILLA. Sumpah aku kena belajar banyak lagi pasal tenggiling kalau betul2 nak puas ati la. Haish...tu yang postpone tu. Lesen dah ade. (ikut angan da amek bulan 2 aritu, last2 lebur kemana ntah duit deposit nak amek tenggiling) kikikiki~

Hahahaha ~ yang mengarot sahaja, setiap impian, angan2 dan wawasan mestilah nak yang terbaek dan tersangatlah berharap akan menjadi sebuah kenyataan di masa akan datang. Aku ada baca satu ayat ni, mungkin dalam novel kot. "Impian tak seindah kenyataan,tetapi impian akan menjadi kenyataan jika ia bukan hanya impian. Haruslah bersama usaha dan kesabaran". Ingat, usaha + kesabaran = impian. Impian akan lebih manis. Tak gitu mak Temah.

Sekian, sampai sini saja ~ Chow Kit Road .....

Wassalam ...